Pasaran minyak mentah jatuh ke paras terendah 1 bulan ekoran laporan Negara-negara Pengeksport Petroleum bersama sekutu (OPEC+) mengekalkan rancangan untuk meningkatkan pengeluaran bekalan.
OPEC+ bersetuju untuk menambah 400,000 tong sehari bekalan pada Februari, yang telah dikekalkan sejak Ogos lalu.
Situasi ini telah mempengaruhi pergerakan bagi mata wang dolar Kanada yang sensitif terhadap pasaran minyak mentah.
Dolar Kanada alami penyusutan semula mengakhiri pengukuhan yang dipamerkan pada minggu lalu yang telah mencatatkan paras terendah 3 minggu berbanding US dolar.
Pada carta harga pasangan mata wang USD/CAD, harga telah kembali pamerkan corak kenaikan harga pada minggu ini selepas penurunan minggu lalu mencecah paras sekitar 1.26200.
Kenaikan harga dilihat pada awal minggu ini menguji zon SBR (support become resistance) pada sebelum harga mendatar 1.27700 sebelum pergerakan harga mendatar menuju penghujung minggu.
Dengan pengukuhan US dolar di penghujung sesi New York susulan reaksi terhadap minit mesyuarat FOMC, harga telah meningkat di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam memberi isyarat awal perubahan trend bullish.
Bersambung dagangan pada sesi Asia pagi ini (Khamis), harga telah bergerak melepasi zon SBR 1.27700 dan dijangka pergerakan harga lebih agresif pada sesi New York sebentar lagi.
Kenaikan harga jika diteruskan akan menuju paras sekitar 1.29000 dan zon rintangan yang diuji pada penghujung Disember lalu pada 1.29600.
Namun jika harga kembali menjunam semula, zon support pada 1.26000 sekali lagi akan diuji seperti penutup dagangan Disember lalu.
Penurunan lebih rendah berkemungkinan akan ke paras 1.25000 untuk mencatatkan paras terendah terbaru 7 minggu.
Lihat gambar carta harga pasangan mata wang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG