Matawang US dolar menampilkan bacaan yang cemerlang pada pembukaan pasaran Amerika Syarikat hari Isnin yang didorong oleh lonjakan dalam ekuiti Eropah dan hasil bon kerajaan dalam hari pertama dagangan 2022.
Indeks US dolar yang mengukur matawang greenback berbanding enam matawang utama didagangkan mengukuh 0.62% pada dagangan 96.2. Pasaran kini berhadapan dengan lonjakan kes positif Covid-19 yang disebabkan oleh varian Omicron terus mengganggu perjalanan global dan perkhidmatan awam di mana ia boleh membawa kesan terhadap ekonomi.
Matawang Yen pula menyusut berbanding US dolar pada dagangan 115.36 bagi setiap dolar. Bacaan ini adalah paling rendah sejak akhir bulan November. Di sisi lain matawang Euro pula susut 0.53% berbanding US dolar pada paras dagangan 1.1307.
Jerman berhadapan kekangan bekalan dalam aktiviti pembuatan pada bulan Disember. Walau bagaimanapun penganalisis menjangkakan hal ini akan semakin lancar pada tahun 2022. “Pengeluar Jerman yakin akan prospek pertumbuhan pada tahun yang akan datang, walaupun banyak yang masih bergantung kepada peningkatan dalam situasi pembekalan,” kata Pengarah Bersekutu Ekonomi Phil Smith, mengulas mengenai kaji selidik IHS Markit PMI Isnin.
Pasaran menjangkakan Bank Pusat Eropah berpegang kepada pendirian dovish manakala Rizab Persekutuan A.S. dan Bank of England mengetatkan dasar monetari.
Matawang Sterling juga antara yang terkesan dengan penularan varian Omicron dengan susut 0.65% pada dagangan 1.3440. Walaupun pasaran optimis dengan pertumbuhan ekonomi ditengah penularan varian Omicron namun kekhuatiran terhadap kesesakan kemasukan hospital tetap ada.
Pasaran kini terus memberi tumpuan pada data PMI dan laporan pekerjaan NFP yang akan dikeluarkan pada minggu ini.