Pound jatuh lebih rendah berbanding US dolar ke paras terendah terbaru sejak Mac 2020 pada pembukaan dagangan awal minggu semalam.
Ini disebabkan pengukuhan US dolar di sesi Asia semalam yang menyambung momentum hawkish oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell berkenaan penetapan dasar monetari di Jackson Hole penghujung minggu lalu.
Namun, pengukuhan US dolar yang gagal diteruskan pada sesi Eropah menyaksikan Pound kembali memulih untuk meningkat semula sehingga mengakhiri dagangan sesi New York.
Pada carta harga pasangan mata wang GBP/USD, dapat disaksikan penurunan awal di sesi Asia semalam telah mencecah sehingga ke paras 1.16500 yang menjadi paras sokongan semasa yang terbaru buat harga sekaligus rekod terendah 2 tahun.
Namun, harga berjaya memaparkan kenaikan semula dengan paras ketinggian dicapai sekitar 1.17400 sebelum menutup dagangan sesi New York sekitar 1.17000.
Walaupun mula berlaku kenaikan semula, namun harga yang masih berlegar di bawah paras rintangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD kekal memberi isyarat untuk pergerakan bagi trend bearish.
Penurunan harga dijangka akan diteruskan untuk mengatasi paras sokongan semasa pada 1.16500 sebelum mencatatkan paras terendah 2 tahun yang terbaru lagi.
Tumpuan bagi penurunan yang dilanjutkan adalah pada 1.16000 sebelum harga mensasarkan paras terendah yang dicecah pada Mac 2020 lalu sekitar zon 1.14000.
Sementara, untuk jangkaan bagi kenaikan harga pula, rintangan pada 1.17600 hingga 1.18000 akan menjadi tumpuan awal diuji harga sebelum harga yang melepasi zon tersebut mula memberi isyarat perubahan trend bullish.
Kenaikan lebih tinggi bakal maju semula menuju paras 1.18000 yang merupakan rintangan harga yang gagal ditembusi pada dagangan minggu lalu.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG