“Pelabur kena selidik dulu, jangan terburu-buru nanti menyesal tak sudah.”
Kebanyakan mata wang kripto mengalami pendakian pada bulan Februari 2023 sebelum merudum semula, namun pergerakan mendatar kini dijangka memberi kelebihan kepada pemegang aset digital susulan harganya berkemungkinan bakal melihat semula momentum kenaikan.
Oleh demikian, berikut adalah beberapa kripto DeFi yang mungkin menyaksikan pemulihan pada tahun 2023.
Avalanche (AVAX)
Setelah lebih sebulan harga AVAX sentiasa berlegar pada paras $21.65 hingga $17.58, aset digital tersebut kini melihat pergerakan mendatar terlebih dahulu.
Setakat penulisan ini, AVAX didagangkan pada paras $18.13 dalam tempoh 24 jam lalu dan harganya berpotensi tembus $21.65 dalam tempoh terdekat ini sekiranya aset digital tersebut secara berterusan melihat tekanan belian.
Uniswap (UNI)
UNI berupaya melihat perubahan harga lebih besar dari semasa ke semasa apabila harganya baru-baru ini didapati melantun daripada paras sokongan kukuhnya, di mana setakat ini aset digital tersebut mencapai paras $6.50.
Menerusi pemerhatian, harga UNI mungkin akan canak melepasi $7.80 dan jika berjaya maka ia adalah tanda penting untuk memulakan momentum kenaikan.
Graph (GRT)
Walaupun GRT memuncak pada paras $0.21, harganya merudum semula sebanyak 30.5% pada $0.146 selepas pasaran kripto melihat pergerakan volatile, namun sehingga kini meningkat semula pada $0.15 dalam tempoh 24 jam lalu.
Sepanjang minggu lalu, GRT yang beberapa kali melantun daripada paras sokongan $0.146 menunjukkan pembeli sedang aktif mengambil peluangnya mengumpul aset digital itu ketika penurunan tersebut, di mana pembelian berterusan mampu menyebabkan harga GRT untuk tembus $0.18 seterusnya $0.21.