Berikut merupakan sebahagian daripada data-data ekonomi penting yang bakal menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.
Data Inflasi China (Rabu 9.30 Pagi): Sebagai ekonomi kedua terbesar di dunia, data-data dari China menjadi tumpuan yang boleh mempengaruhi sentimen pasaran global. Kadar inflasi tahunan bagi bulan Julai diramalkan alami penurunan ketara.
Data Inflasi AS (Khamis 8.30 Malam): Menjadi indikator utama kepada Federal Reserve (Fed) dalam penetapan dasar monetari mereka, kadar inflasi Amerika terbaru akan dinilai. Setelah jatuh ke paras 3.0% pada bulan Jun, inflasi dijangka meningkat semula kepada 3.3% untuk Julai.
Data KDNK UK (Jumaat 2.00 Petang): Bacaan pertumbuhan ekonomi UK akan diteliti pasaran untuk mendapatkan petunjuk seterusnya dalam penetapan dasar bank pusat. Bank of England (BOE) pada mesyuarat minggu lalu telah menaikkan kadar faedah, namun tidak memberi isyarat hawkish untuk dasar selanjutnya.
Data PPI AS (Jumaat 8.30 Malam): Bacaan data inflasi pengeluar Amerika turut akan dipantau yang turut memberi gambaran keadaan harga semasa di negara itu. Ramalan terhadap bacaan bulanan data ini adalah sedikit meningkat bagi bulan Julai.
Sentimen Keyakinan Pengguna AS (Jumaat 10.00 Malam): Bakal memberi impak kepada pergerakan mata wang USD pada penutup dagangan minggu ini, data yang mengukur keyakinan kewangan pengguna ini akan diperhatikan. Angka terbaru dijangka tidak menunjukkan perbezaan yang ketara berbanding bacaan terdahulu yang telah dikemaskini menurun.