“Jangan gaduh-gaduh sebab kripto dan wang fiat dua-dua ada kebaikan dan keburukannya.”
Sudah sedia maklum mata wang kripto dapat memberi pelbagai manfaat, namun terdapat beberapa pihak yang berpandangan aset digital juga mampu mengancam sistem kewangan tradisional dan wang fiat. Oleh demikian, mari kita menyelusuri penjelasan di bawah.
Kripto menawarkan beberapa kelebihan berbanding sistem kewangan tradisonal, antaranya menawarkan transaksi lebih pantas dan murah, privasi serta keselamatan lebih baik termasuk mempunyai kawalan langsung ke atas aset sendiri.
Rentetan itu, kripto didapati berupaya memberikan alternatif yang berguna terhadap sistem kewangan tradisional.
Meskipun begitu, perlu diketahui bahawa kripto juga memiliki beberapa risiko susulan aset digital beroperasi di luar sistem kewangan tradisional dan tidak disokong oleh kerajaan.
Oleh itu, kripto lebih mengundang ketidaktentuan dan ketidakpastian lebih besar, di mana aset digital lebih berisiko untuk terdedah dengan penipuan dan penggodaman yang boleh akibatkan sejumlah kerugian besar kepada pelabur.
Namun, kripto dilihat tidak memberi ancaman kepada mata wang fiat yang disokong oleh kerajaan dan mempunyai status undang-undang sebagai medium pertukaran manakala aset digital pula tidak mempunyai tahap sokongan yang sama.
Walau bagaimanapun, kripto mampu tawarkan pelbagai alternatif pada wang fiat dalam situasi tertentu seperti negara yang mempunyai mata wang tidak stabil ataupun kadar inflasi tinggi.
Secara keseluruhannya, seseorang individu tidak haruslah bimbang dalam memikirkan sama ada kripto akan tewaskan sistem kewangan tradisional dan wang fiat kerana ia juga memiliki risiko tersendiri sungguhpun menawarkan beberapa kelebihan.