Timbalan Setiausaha Kewangan Amerika Syarikat, Wally Adeyemo telah tampil menzahirkan keprihatinan beliau terhadap ekonomi China yang dilihat lebih cenderung mempengaruhi rantau Asia daripada Amerika Syarikat pada hari Isnin.
Menurut Adeyemo, Beijing memiliki sumber daya untuk menangani ekonominya dalam jangka pendek, tetapi harus menghadapi isu ekonomi struktural jangka panjang seperti demografi dan hutang yang tinggi.
“Perkara ni akan lebih sukar bagi mereka untuk ditangani seiring berlalunya waktu,” katanya dalam wawancara di CNN.
Kekhuatiran akan perlambatan ekonomi telah menimpa China, yang pemimpinnya melewatkan pertemuan Kumpulan G20 hujung minggu lalu.
Pada hari Ahad, Biden mengatakan pertumbuhan China berkembang perlahan disebabkan oleh ekonomi global yang lemah serta dasar-dasar China, walaupun beliau tidak menyebut secara khusus. Biden, yang mengakhiri lawatannya ke Asia untuk menghadiri pertemuan Kumpulan G20 dan lawatan ke Vietnam untuk memperkuat hubungan antara negara menekankan isu-isu China berkaitan hartanah dan pengangguran belia yang tinggi.
Adeyemo, dalam wawancara tersebut, mengatakan ekonomi China berhadapan “halangan besar,” tambah beliau: “perlambatan ekonomi China akan memberi kesan, tetapi lebih kepada negara jiran mereka.”
Apabila ditanya tentang potensi China untuk menjual simpanannya dalam bon Amerika Syarikat, Adeyemo menyatakan beliau lebih bimbang tentang apa yang perkembangan ekonomi yang perlahan di China beri kesan kepada negara jiran mereka dan Eropah. Adeyemo menggesa China untuk membuka ekonominya kepada sektor swasta, kerana ini boleh meningkatkan ekonominya dengan mewujudkan persaingan.