Maxis Bhd dilaporkan akan memeterai perjanjian dengan Digital Nasional Berhad (DNB) untuk akses rangkaian 5G.
Difahamkan, syarikat pengendali mudah alih itu akan membelanjakan RM360 juta setiap tahun mengakses 5G yang dikendalikan kerajaan negara secara borong.
Menurut maklumannya kepada Bursa Malaysia pada Jumaat, pendapatan disatukan dan pendapatan sesaham (EPS) mungkin akan dikurangkan susulan perbelanjaan faedah tambahan jika perbelanjaan operasi dibiayai melalui pinjaman bank.
Maxis, bersama beberapa pengendali mudah alih lain sebelum ini mendesak untuk semakan terma harga DNB yang dikatakan tidak berdaya maju secara komersial dan menyebabkan kos lebih tinggi buat pelanggan serta kadar penggunaan lebih perlahan.
Selain itu, pelan pemilikan tunggal itu juga telah menimbulkan kebimbangan mengenai monopoli.
Ia menjadi syarikat pengendali rangkaian mudah alih yang terakhir menandatangani perjanjian akses 5G dengan DNB, dan ini menandakan peristiwa penting bagi industri.
Maxis menyatakan kesediaannya untuk menandatangani perjanjian akses kerana ia adalah demi kepentingan terbaiknya dan tiada pilihan 5G lain.
Susulan daripada laporan itu, saham Maxis dibuka lebih tinggi pada sesi pagi Isnin pada RM4.14 sebelum mengurangkan sedikit keuntungan untuk berada pada RM4.08 pada sesi dagangan petang.