“Mesti lama kelamaan ramai bursa kripto dah tak suka AS kan.”
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ripple, Brad Garlinghouse mendedahkan bahawa peraturan mata wang kripto yang semakin mengelirukan bakal mendorong banyak bursa aset digital keluar dari Amerika Syarikat (AS).
Kenyataan tersebut telah dikeluarkan apabila Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) AS menyatakan ia adalah proses yang panjang selepas Ripple dan Coinbase ingin mendapatkan kejelasan peraturan berkenaan aset digital.
Semasa berada dalam temu bual bersama CNBC, Garlinghouse sedang berada dalam proses menyelidik lebih terperinci untuk melabur di luar negara susulan meramalkan bursa kripto akan meninggalkan AS disebabkan undang-undang tidak jelas.
Suka dimaklumkan negara seperti Emiriah Arab Bersatu (UAE), United Kingdom (UK) dan Singapura telah memberi kejelasan mengenai caranya mengawal aset digital manakala Majlis Kesatuan Eropah (EU) meluluskan perundangan Pasaran dalam Aset Kripto (MiCA).
Menurut Garlinghouse, kelulusan sedemikian dapat membenarkan usahawan dan pelabur mulakan perbincangan yang membina dengan pengawal selia tetapi ia adalah antara sebab mengapa pelaburan beralih ke bidang kuasa lain.
Umum mengetahui bahawa ulasan Garlinghouse itu datang apabila beliau masih berada dalam tuntutan undang-undang oleh SEC, namun kesnya yang mungkin akan menemui kemenangan tidak lama lagi akan akan mengheret pasaran kripto ke arah kejelasan peraturan.
Menerusi perkembangan baru-baru ini, Hakim Mahkamah Daerah AS Analisa Torres yang menolak usul SEC untuk menutup Dokumen Hinman tersebut akan menyebabkan Ripple memenangi kes setelah sekian lama menempuhi pelbagai rintangan.