Dagangan emas kekal positif pada pembukaan awal minggu ini dengan tarikan terhadap aset safe-haven terus meningkat ketika pasaran terus dibelenggu kebimbangan krisis perbankan global.
Mengukir senyuman di wajah para pelabur, harga emas telah melonjak ke paras $2,000 setelah dagangan memasuki ke sesi Eropah hari ini.
Situasi ini menunjukkan US dolar yang masih didagangkan lemah dalam pasaran dan kekal mendorong harga emas terus meningkat.
Carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar menyaksikan trend bullish masih diteruskan selepas lonjakan pada penghujung minggu lalu melepasi rintangan 1950.00.
Harga kekal bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD memasuki minggu ketiga, menunjukkan pergerakan harga masih berpotensi menuju lebih tinggi.
Namun, pelabur perlu tetap bersedia untuk sebarang perubahan pada arah pergerakan harga emas pada bila-bila masa sahaja.
Pergerakan harga masih diteliti sama ada mampukah untuk kekal bertahan di paras 2000.00 dan melanjutkan pendakian lebih tinggi.
Sekiranya harga emas terjun semula, harga akan kembali menuju sekitar 1950.00, rintangan yang berjaya ditembusi minggu lalu.
Susut lebih rendah di bawah paras tersebut pula akan memberi isyarat perubahan trend bearish untuk emas bakal bermula.
Namun jika harga emas kekalkan momentum menaiknya, paras sasaran seterusnya untuk dicapai adalah pada ketinggian 2070.00 yang berjaya disentuh pada Mac 2022, ketika perang Rusia-Ukraine tercetus.
Paras tertinggi sepanjang masa yang pernah dicatatkan pula adalah sekitar 2075.00 dicapai pada Ogos 2020 ketika Covid-19 melanda dunia.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG