Nilai emas meneruskan peningkatan ke paras ketinggian terbaru di awal pembukaan dagangan minggu ini selepas pamerkan lonjakan pada penutup sesi terakhir minggu lalu.
Tumpuan di penghujung minggu lalu terarah pada terbitan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) untuk bulan Disember yang pada mulanya memaparkan bacaan yang agak kukuh.
Namun pelabur meneliti lebih terperinci pada komponen laporan yang sebenarnya agak bercampur-campur sebelum data tinjauan ISM perkhidmatan AS pula menyusul dengan bacaan angka yang merosot.
Situasi yang telah membuatkan US dolar ketara menyusut di sesi New York Jumaat lalu telah memberi kelebihan semula kepada dagangan logam kuning yang menyusut pada hari sebelumnya.
Dapat diperhatikan pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga sebelumnya susut ke zon RBS (resistance become support) 1830.00 sebelum berlaku lonjakan semula berikutan reaksi laporan NFP.
Harga emas telah bergerak melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD menunjukkan harga lebih cenderung untuk memaparkan pergerakan trend bullish kembali.
Harga telah berjaya mencapai sasaran pada zon rintangan 1870.00 pada penutup dagangan minggu lalu.
Dan menyambung dagangan hari ini (Isnin), kenaikan harga diteruskan namun pada tempo yang perlahan ke sekitar 1880.00 dan dijangka akan lebih rancak di sesi New York sebentar lagi.
Kenaikan harga yang diteruskan dijangka akan menuju ke sasaran terbaru pada ketinggian 1900.00 pula untuk rekodkan paras tertinggi 8 bulan.
Pelabur perlu berwaspada sekiranya harga emas mula bergerak turun semula di bawah zon 1870.00.
Penurunan harga jika diteruskan boleh mencecah kembali ke zon RBS 1830.00 yang menjadi tumpuan minggu lalu.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG