Emas terselamat dari jatuh merosot lebih rendah semalam apabila nilainya kembali pamer peningkatan semula di sesi New York.
Ini disebabkan reaksi terhadap penyusutan semula US dolar di sesi New York yang telah memberi ruang untuk emas menutup semula kerugian yang dialami pada sesi sebelumnya.
Pergerakan harga dijangka akan kekal tidak menentu ketika waktu yang semakin menghampiri mesyuarat FOMC untuk mengetahui keputusan penetapan dasar oleh Federal Reserve (Fed).
Carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar menyaksikan terjunan awal harga di sesi Eropah semula menuju zon tumpuan 1900.00.
Seperti yang dijangka, reaksi menarik harga telah berlaku di zon tersebut di mana harga telah ketara melonjak semula dan berjaya menutup dagangan sesi New York lebih tinggi.
Harga telah mencapai paras ketinggian 1930.00 sebelum ditutup di sekitar 1927.00.
Isyarat bullish dinilai setelah harga naik menembusi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut.
Sekiranya kenaikan berjaya diteruskan lagi setelah lonjakan semalam, zon rintangan pada 1950.00 akan kembali menjadi tumpuan dituju harga.
Melepasi rintangan penting itu bakal mendorong harga mensasarkan pula pada paras 2000.00 untuk catatkan paras ketinggian terbaru sejak dagangan April 2022 lalu.
Namun jika harga emas menjunam semula, harga bakal kembali menuju semula ke zon 1900.00 seperti penurunan yang berlaku semalam.
Jika zon RBS (resistance become support) itu gagal menahan kejatuhan lebih rendah, penurunan bakal diteruskan mencecah ke zon 1870.00.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG