Penutup dagangan minggu lalu yang agak kurang menggembirakan buat para pelabur emas apabila harga logam kuning itu mula susut semula.
Pada mulanya, harga emas telah paparkan pemulihan dengan lonjakan kukuh harga ketika tempias mesyuarat FOMC yang menjadi tumpuan penting pasaran minggu lalu.
Susulan mesyuarat tersebut, US dolar alami penyusutan ketara dengan hala tuju dasar monetari Federal Reserve (Fed) dilihat menuju ke arah pelonggaran dasar.
Namun di penghujung minggu, US dolar sedikit pulih semula apabila Presiden Fed New York, John William mengatakan bahawa bank pusat masih tidak bercakap tentang langkah untuk pemotongan kadar faedah.
Kesannya, harga emas juga turut alami penurunan semula mengurangkan kembali keuntungan yang telah diraih sebelumnya itu.
Meneliti pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, lonjakan berlaku dari zon terendah di bawah 1980.00 melepasi 2000.00 hingga hampir mencapai paras 2050.00.
Namun paras 2050.00 tidak berjaya disentuh sebelum penurunan harga dipaparkan semula di sesi terakhir dagangan minggu lalu.
Harga susut ke sekitar 2016.00 di penghujung sesi penutupan minggu tersebut dan isyarat bearish dikenal pasti apabila harga mula bergerak di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.
Pergerakan harga perlahan menyambung dagangan pembukaan awal minggu ini di sekitar paras penutupan minggu lalu dan berisiko untuk jatuh lebih rendah lagi.
Jika berlaku, harga dilihat akan menuju semula paras 2000.00 atau tembus lebih rendah, zon sokongan harga pada 1980.00 berkemungkinan dicecah semula.
Namun jika berlaku lonjakan, paras 2050.00 menjadi rintangan utama buat harga untuk diuji yang masih belum berjaya ditembusi dari minggu lepas.
Jika akhirnya harga berjaya tembus, kenaikan lebih tinggi dijangka mampu mencapai paras 2070.00.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG