Pelabur emas bermuram pada dagangan minggu ini apabila harga logam kuning itu jatuh lebih rendah berbanding pergerakan yang dipaparkan pada minggu lalu.
Setelah lonjakan harga berlaku ketika reaksi laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) diterbitkan Jumaat lalu, harga mula pamerkan perubahan arah pergerakan di awal minggu ini.
Meneliti carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga dilihat susut lebih rendah dan melepasi zon penting 1980.00.
Setelah harga dilihat menguji paras rintangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut, penurunan berlaku setelah rintangan itu gagal dilepasi.
Harga emas turun sebelum menutup dagangan penghujung sesi New York di sekitar 1977.00
Pergerakan bearish harga diteruskan menyambung dagangan di sesi Asia dan Eropah hari ini (Selasa) melepasi paras 1970.00.
Seperti dijangkakan penganalisis sebelum ini, jika penurunan harga berlaku harga dilihat akan menghampiri zon RBS (resistance become support) pada 1950.00 dan reaksi harga di sekitar itu akan diperhatikan.
Penurunan lebih rendah akan terus berlaku jika tarikan terhadap aset emas semakin hilang dan bakal mengurangkan kembali keuntungan diraih sepanjang Oktober lalu.
Sebaliknya jika harga emas berjaya berpatah arah membuat kenaikan semula, masih ada potensi untuk harga catatkan paras ketinggian terbaru.
Namun, rintangan pada zon 1980.00 dan halangan MA50 akan menjadi cabaran untuk harga tempuhi sebelum meneruskan pendakian lebih tinggi.
Seterusnya paras tumpuan 2000.00 akan kembali dicapai semula setelah beberapa kali harga mengujinya namun tidak berjaya tembusi.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG