Ekoran kesan penyusutan ketara US dolar selepas mesyuarat FOMC awal pagi tadi, harga emas juga turut cemerlang melonjak mencatat paras ketinggian terbaru mengatasi paras harga minggu lalu.
Isyarat memperlahankan pengetatan dasar monetari oleh Federal Reserve (Fed) semakin jelas apabila kenaikan kadar faedah dinaikkan hanya sebanyak 25 mata asas pada mesyuarat terbaru, seperti yang dijangkakan majoriti sebelum ini.
Ucapan susulan oleh Presiden Fed, Jerome Powell juga turut disampaikan dalam nada yang dovish di mana kenaikan kadar faedah yang perlahan itu akan diteruskan untuk beberapa tempoh sementara objektif masih untuk menurunkan kadar inflasi ke sasaran 2%.
Walaupun mengatakan tidak bersesuaian untuk menurunkan kadar faedah, namun Powell tidak menafikan perkara tersebut mungkin boleh berlaku pada tahun ini.
Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar telah menyaksikan harga yang mendatar di sekitar paras 1925.00 sejak sesi Asia bersambung ke sesi Eropah semalam akhirnya melonjak selepas mesyuarat FOMC.
Harga juga melonjak dari paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD memberi isyarat bullish lebih jelas buat pelabur.
Kenaikan harga emas sehingga ke penghujung sesi New York dilihat telah berjaya menembusi paras sasaran 1950.00 yang menjadi rintangan buat harga sebelum ini.
Menyambung dagangan pada hari ini (Khamis), harga mendatar di atas paras 1950.00 tersebut sejak dari sesi Asia, namun penganalisis menjangka pergerakan harga akan lebih rancak di sesi New York.
Jangkaan kenaikan lebih tinggi akan diteruskan untuk harga menuju ke sasaran seterusnya yang berada pada ketinggian 2000.00.
Kali terakhir harga menguji zon ketinggian tersebut adalah pada dagangan April tahun lalu.
Walaupun kecenderungan harga emas adalah untuk naik lebih tinggi, namun tidak mustahil arah pergerakan harga boleh berubah ketika menuju ke penghujung minggu ini.
Gagal bertahan di atas paras 1950.00 akan mendorong harga susut semula jatuh ke paras-paras tumpuan sebelum ini.
Paras 1900.00 dilihat menjadi zon kritikal untuk dituju semula dan pasti bakal ada reaksi menarik apabila harga sampai ke sekitar tersebut.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG