Lonjakan harga yang diharapkan pelabur emas nampaknya tidak berlaku di awal minggu semalam, sebaliknya nilai logam kuning itu kembali merosot ketika menyambung dagangan pada hari ini (Selasa).
Pada minggu lalu, faktor pengukuhan US dolar telah menekan harga emas jatuh merudum setelah harga pada mulanya susut di bawah paras $2,000.
Namun pada penghujung minggu, Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell menjadi penyelamat apabila kenyataan yang disampaikannya tentang dasar monetari bernada dovish, dan melemahkan US dolar.
Justeru, harga emas telah melonjak kembali pada penutup minggu lalu, namun kembali kecundang semula di awal minggu ini.
Presiden Fed James Bullard tampil dengan pandangan hawkish beliau semalam dengan menyatakan bahawa bank pusat masih memerlukan beberapa lagi kenaikan kadar faedah pada tahun ini.
Ini telah menghadkan penyusutan US dolar selain pelabur turut berwaspada memerhatikan perkembangan semasa dalam isu siling hutang di AS.
Pergerakan harga diterjemahkan pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar.
Setelah harga susut di bawah paras 2000.00, harga turun sehingga hampir mencecah paras 1950.00 sebelum melantun semula ke sekitar 1983.00.
Lonjakan tersebut telah melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta itu memberi indikasi awal untuk trend berubah arah.
Namun lonjakan tidak berlaku semalam sebelum penurunan berlaku pada dagangan hari ini menuju semula ke paras 1950.00.
Corak bearish harga minggu lalu berkemungkinan akan diteruskan sekiranya harga berjaya turun lebih rendah menembusi zon sokongan harga 1950.00 tersebut.
Penurunan yang diteruskan seterusnya akan mensasarkan untuk menyentuh pula sekitar 1900.00 yang turut menjadi tumpuan harga sebelum ini.
Namun jika harga berjaya melonjak semula dari zon 1950.00, halangan MA50 perlu dilepasi untuk memberi isyarat kenaikan harga bakal bermula.
Seterusnya paras 2000.00 akan dicapai semula harga selain meneruskan pergerakan bullish yang lebih jelas.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG