Harga emas kekal lebih kukuh pada Rabu di tengah-tengah kelemahan yang berterusan dalam dagangan US dolar selepas data ekonomi Amerika Syarikat diterbitkan.
Sesi Asia melihatkan logam kuning itu didagangkan menguat pada $1,938 per auns, tidak jauh dari puncak tertinggi 9 bulan yang dicapainya pada Selasa, $1,942 per auns.
US dolar terus melemah apabila data tinjauan S&P Global menunjukkan aktiviti perkhidmatan dan pembuatan kekal berada di bawah penguncupan pada Januari.
Bagaimanapun, kemerosotan yang dicatatkan mula menyederhana buat kali pertama sejak September dengan mencatatkan bacaan lebih baik daripada jangkaan.
Kelemahan itu membantu logam berharga emas untuk mengukuh, di samping turut disokong oleh jangkaan oleh Federal Reserve (Fed) akan memperlahankan kenaikan kadar faedahnya pada mesyuarat polisi Februari.
Pun begitu, pelabur akan memberi tumpuan terlebih dahulu kepada terbitan data anggaran awal keluaran dalam negara kasar (KDNK) AS pada Khamis untuk suku keempat.
Dalam pada itu, tekanan inflasi kekal tinggi di beberapa ekonomi utama, di mana data baharu yang diterbitkan mempelihatkan harga pengguna Australia mencatat lonjakan tertinggi sejak 1990 pada suku keempat.
Selain itu, Jepun turut menyaksikan inflasinya meningkat ke paras tertinggi 30 tahun pada bulan Disember.