“Tahun 2022 rugi berbilion, harap 2022 bukan trilion pula la.”
Laporan diterbitkan oleh platform Web3, Immunefi berkenaan “Crypto Losses in 2022” telah menyaksikan bahawa kerugian mata wang kripto yang dihadapi pada tahun lepas berikutan penggodaman dan penipuan adalah sebanyak $3.9 bilion.
Melalui pemerhatian, 134 insiden penggodaman telah menyebabkan $3.7 bilion lesap manakala 34 penipuan menghilangkan $134 juta, namun perlu diingatkan kebanyakan dana tersebut hilang adalah disebabkan Ronin Network, BNB Chain, Wormhole, dan FTX.
Sementara krisis Terra dan FTX yang menggegarkan pasaran kripto telah menjadi penyebab kewangan decentralised (DeFi) dan kewangan centralised (CeFi) menghadapi tempias paling teruk pada tahun 2022.
Dilaporkan, DeFi merupakan sasaran utama penggodam apabila kerugiannya melebihi 80.5% berbanding CeFi pada 19.5%.
Diperjelaskan lagi, DeFi rugi sebanyak $3.18 bilion pada 2022 daripada $2 bilion pada 2021, bilamana CeFi pula hilang $6 bilion daripada $768.8 juta.
Seterusnya, blockchain seperti BNB Chain dan Ethereum (ETH) turut terkesan apabila masing-masing menghadapi 65 serta 49 insiden termasuk Solana (SOL) 12 insiden pada 2022.
Secara keseluruhannya, kerugian kripto pada 2023 mungkin tidak akan mencecah berbilion-bilion jika setiap syarikat berkaitan aset digital mengutamakan keselamatan terlebih dahulu.