“Entah-entah harga BTC nak jatuh sampai $27,000.”
Susulan rangkaian Bitcoin (BTC) mengalami sedikit kesesakan, bursa gergasi mata wang kripto Binance bertindak menggantungkan pengeluaran aset digital tersebut pada platform mereka buat sementara waktu.
Difahamkan, kesesakan rangkaian mampu memberi kesulitan kepada para pedagang yang ingin membuat deposit atau pengeluaran kerana ia biasanya mengambil masa agak lama, oleh itu pasukan Binance akan sedaya upaya memperbaikinya secepat mungkin untuk membenarkan semula pengeluaran BTC.
Walaupun masalah tersebut tercetus, Binance yang merupakan bursa terbesar di dunia telah menjadi sebab komunitinya sentiasa tenang, namun perlu diingat persoalan tentang keupayaan protokol BTC timbul dalam kalangan pelabur kripto.
Menurut pengguna Twitter digelar @proofofjogi sebelum Binance menghentikan pengeluaran itu, BTC mungkin sekarang di bawah serangan denial-of-service (DoS), di mana penyerang ingin menjadikan aset digital tersebut tidak dapat digunakan untuk pemain lebih kecil.
Ulas beliau lagi, keseluruhan serangan berikut nampaknya baru bermula sambil menambah mekanisme serangan tersebut adalah Ordinals shitcoining.
Secara konteks, BTC terkenal sebagai protokol paling serba boleh dalam ekosistem blockchain tetapi ia mungkin tidak kekal lama susulan beberapa fungsi kontrak pintar yang kini sedang dibina pada rangkaian mampu menjejaskan integritinya.
Sehingga berita ini ditulis, harga BTC didapati menjunam sebanyak 2.85% pada paras $28,195 dalam tempoh 24 jam terakhir dengan modal pasaran $546 bilion seterusnya tergelincir sekitar 1.64% sepanjang minggu lepas.