“Baguslah Binance ni cepat bertindak, baru la dapat tewaskan pesaingnya.”
Syarikat gergasi exchanger mata wang kripto Binance dan Mastercard Inc. telah bekerjasama untuk melancarkan kad prabayar di Brazil sebagai sebahagian daripada usahanya membangunkan perbankan tradisional dan aset digital.
Sungguhpun masih berada dalam fasa ujian, Brazil adalah negara kedua di Amerika Latin yang bakal memperoleh Binance Card selepas Argentina dalam tempoh beberapa minggu akan datang.
Penggunaan Binance Card tersebut akan membenarkan para pengguna menjana pulangan tunai (cashback) Binance Coin (BNB) setiap kali mereka berbelanja untuk barangan.
Diperjelaskan lebih terperinci, pengeluaran kad itu akan dikenakan bayaran sebanyak $25 dan pemegangnya di Brazil dapat mengurus kad masing-masing melalui dashboard yang tersedia di laman web Binance.
Selain itu, kad prabayar didapati ialah sama seperti kad debit biasa yang lain susulan ia membolehkan pengguna menukar atau membelanjakan pegangan aset digital mereka.
Ditambah pula pengguna kad prabayar di Amerika Selatan dapat membeli-belah dan membayar bil dengan kripto di kedai yang menggunakan pembayaran Mastercard.
Suka dimaklumkan bahawa kad itu juga akan sokong pelbagai jenis kripto dan perkara ini mudahkan pengguna memilih aset digital yang ingin disimpan mahupun dibelanjakan.
Secara keseluruhannya, kerjasama antara Binance dan Mastercard bukan sahaja dapat mengembangkan kripto dan teknologi blockchain, malah menarik lebih ramai individu secara global untuk menggunakan kad prabayar itu.