“Sebelum ni $400 juta sekarang pindahkan $1 bilion, agaknya lepas ni apa pula?”
Selepas pasaran mata wang kripto mengalami kejatuhan pada 2022, syarikat gergasi exchanger Binance didapati memindahkan aset pengguna bernilai $1.8 bilion untuk kepentingannya sendiri sama seperti peristiwa FTX.
Terdahulu, Sam Bankman-Fried (SBF) merupakan pengasas kepada FTX telah memindahkan aset pengguna tanpa kebenaran antara syarikatnya dan Alameda Research yang turut ditubuhkan oleh beliau.
FTX pada tahun 2022 didapati memindahkan cagaran stablecoin $1.8 bilion pada dana lindungi nilai, di mana penerima pemindahan itu juga termasuk Alameda Research yang mampu mempengaruhi fikiran pedagang kripto.
Pemindahan tersebut telah dibuat antara 17 Ogos 2022 dan awal Disember 2022 semasa FTX menghadapi kejatuhan drastik.
Berbalik kepada penerangan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Binance Changpeng Zhao (CZ) yang terlibat secara aktif di Twitter masih belum memberi sebarang maklum balas tentang isu tersebut.
Pun begitu, pemindahan itu mencetuskan perdebatan susulan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Amerika Syarikat (AS) yang mendakwa pengeluaran stablecoin Binance USD (BUSD) oleh Paxos telah akibatkan syarikatnya perlu hentikan pengeluaran aset digital tersebut.
Selain Binance yang tidak berupaya menerima tekanan kawal selia, SEC akan melaksanakan tindakan lebih agresif terhadap syarikat exchanger kripto.
Kebanyakan pelabur memilih untuk memindahkan aset digital masing-masing ke Binance pada tahun lepas susulan terdapat kebimbangan mengenai FTX yang telah memberi gegaran terhadap seluruh pasaran kripto.