“Banyak sangat jangkaan, sebelum ni 24 Feb sekarang lagi 4 minggu pula.”
Harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) masih gagal menembusi paras rintangan kukuhnya $25,000 apabila sehingga kini tetap berlegar sekitar $23,440 selepas menjunam ke paras $22,800 minggu lalu.
Meskipun begitu, harga BTC pada tempoh ini menandakan pergerakan positif susulan sebelum ini aset berisiko lebih terkesan semasa ekuiti Amerika Syarikat (AS) menderita akibat data inflasi yang melebihi jangkaan.
Menurut pedagang popular Kaleo, BTC berpotensi mencapai paras $30,000 sebelum akhir bulan walaupun harganya kini kekal di bawah paras terendah.
Sementara pedagang kripto bernama Altcoin Sherpa berpandangan harga BTC bakal melepasi $30,000 dalam tempoh empat hingga enam minggu, di mana beliau juga berkata bahawa aset digital itu sedang berada dalam fasa peralihan daripada bearish ke bullish.
Manakala ahli strategi makro kanan di Bloomberg Intelligence, Mike McGlone pula berpendapat berbeza dengan menyuarakan keraguannya tentang keupayaan BTC untuk menembusi zon rintangan pada $25,000.
McGlone bukan sahaja meramalkan bahawa harga BTC akan jatuh dalam masa terdekat ini malah aset digital tersebut mungkin memerlukan tempoh lebih lama untuk pulih, di mana secara keseluruhannya beliau membuat kesimpulan pergerakan BTC setakat ini masih kekal menurun.
Sehingga berita ini ditulis, harga BTC berjaya melonjak sebanyak 1.48% dalam tempoh 24 jam terakhir dengan volum dagangan bernilai $452 bilion tetapi masih melihat penyusutan 2.35% dalam tempoh tujuh hari lepas.