“Semua orang ada berbeza pendapat, jadi kita kena respect satu sama lain.”
Jamie Dimon, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JP Morgan Chase yang merupakan penentang kuat mata wang kripto Bitcoin (BTC) dengan melabelkannya sebagai “skim Ponzi”, kali ini memberi pandangan negatifnya terhadap aset digital pula.
Semasa Dimon muncul di rancangan CNBC Squawk Box pada 19 Januari, beliau tanpa berfikir panjang terus menyebut BTC dan keseluruhan pasaran kripto adalah satu penipuan selepas disoal pendapatnya tentang aset digital.
Sementara turut menyatakan bahawa beliau tidak terkejut apabila syarikat exchanger kripto terbesar di dunia FTX menghadapi bankrap susulan mereka adalah skim Ponzi decentralized.
Rentetan itu, kebanyakan pelabur berpendapatan rendah atau warga emas merupakan antara individu yang terkesan apabila kehilangan berbilion-bilion aset digital berikutan krisis FTX mahupun pasaran kripto secara berterusan mengalami ‘pendarahan’.
Namun, Dimon yakin dan memuji manfaat yang diperolehnya melalui teknologi blockchain dan lejar, di mana beliau percaya pemindahan wang pada masa hadapan akan lebih membangun untuk memberi kemudahan lebih efisien kepada pelanggan.
JPMorgan dilaporkan mempunyai aset digital dikenali sebagai JPM Coin yang berfungsi sebagai perjanjian pembelian semula*.
*Bentuk pinjaman jangka pendek untuk peniaga dalam sekuriti kerajaan
Setakat penulisan ini, harga BTC berlegar pada paras $21,096 dalam tempoh 24 jam lalu manakala sepanjang minggu lepas pula melonjak sebanyak 14.50%.