“Agaknya kenapa BTC ni susah nak tembus $25,000?”
Sejak keadaan makroekonomi semakin pulih dan Federal Reserve (Fed) Amerika Syarikat (AS) mengurangkan kenaikan kadar faedah, harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) mula melonjak tinggi namun masih tidak dapat melepasi lebih $25,000.
Sejak Khamis minggu lalu, harga BTC beberapa kali cuba untuk menembusi paras $25,000 tersebut namun masih gagal.
Pun begitu, prestasi BTC masih dilihat positif susulan terdapat peningkatan sebanyak 14% sepanjang minggu lepas dan 9.6% dalam tempoh 30 hari lalu.
Menerusi data daripada syarikat penyelidikan pasaran kripto Deribit Insights, kebanyakan pelabur didapati berminat membeli BTC semasa harganya berada pada zon $26,000 hingga $30,000, di mana kini tahap rintangan kukuhnya adalah pada $25,000.
Pelabur turut meramalkan aset digital tersebut akan menggunung pada paras harga $25,000 hingga $30,000 pada 24 Februari 2023 ekoran modal pasarannya menandakan paras tertinggi satu bulan baharu bernilai $479 bilion.
Melalui perspektif analisis teknikal (TA), harga BTC berpotensi melonjak tinggi dalam tempoh terdekat ini sekiranya berjaya menembusi paras rintangan paling aktif antara $25,000 hingga $25,500 tetapi sebaliknya berlaku jika gagal.
Dalam pada itu, BTC dimaklumkan boleh tamatkan pasaran bearish dan melihat paras tertinggi tahunan baharu mahupun mendaki ke zon $27,000 sekiranya aset digital tersebut dapat melepasi paras rintangan yang disebut di atas.
Setakat penulisan ini, harga BTC melonjak sebanyak 1.75% pada paras $24,844 dalam tempoh 24 jam terakhir dengan volum dagangan sekitar $28 bilion.