US dolar didagangkan stabil apabila semua mata kini terarah kepada Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell yang akan memberi keterangan di hadapan Kongres.
Berbanding enam mata wang utama, indeks dolar diniagakan sedikit berubah pada sekitar harga 102.60 ketika pembukaan sesi Eropah.
Jerome Powell akan memulakan dua hari kesaksiannya di hadapan Kongres Amerika Syarikat hari ini, di mana sebarang kenyataan hawkish daripadanya boleh mempengaruhi US dolar.
Minggu lalu, keputusan mesyuarat FOMC menyaksikan kadar faedah dikekalkan kepada julat 5%-5.25%, namun ia tidak menandakan berakhirnya kitaran pengetatan.
Sebaliknya, Fed menjangkakan sekurang-kurangnya dua lagi kenaikan kadar akan dilaksanakan sebelum akhir tahun ini.
Dalam pada itu, tumpuan sesi Eropah hari ini terarah kepada terbitan data inflasi UK yang menunjukkan tekanan harga kekal tinggi selepas ia dicatatkan tidak berubah pada 8.7% pada bulan Mei.
Sebagai reaksi awal, pound melonjak susulan terbitan data tersebut sebelum menyusut semula tidak lama selepas itu.
Sementara itu, mata wang euro kekal didagangkan dalam julat yang kecil dengan terus berlegar pada sekitar paras terkukuh satu bulannya berbanding US dolar.
Di sisi lain, dolar Aussie terus mengekalkan penyusutan untuk didagangkan lebih rendah pada sesi Eropah, diikuti oleh dolar New Zealand yang sedikit susut.
Yen pula kembali merosot, gagal mempertahankan keuntungan terdahulu yang diraih susulan sentimen suram dalam pasaran.
Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.