Harga emas tergelincir setelah diperlihatkan dengan bacaan data keluaran dalam negara kasar (KDNK) Amerika Syarikat yang lebih kukuh daripada dijangkakan pada suku keempat.
Sesi Asia menyaksikan logam kuning itu diniagakan pada sekitar harga $1,930 per auns, susut dari puncak tertinggi 9 bulan yang dicapainya pada Khamis, $1,949 per auns.
Ekonomi AS tanpa dijangka berkembang 2.9% pada suku keempat melebihi jangkaan untuk meningkat 2.6%, tetapi lebih perlahan daripada 3.2% yang dicatatkan pada suku sebelumnya.
Selain itu, data berasingan menunjukkan pasaran buruh kekal kukuh di mana jumlah tuntutan pengangguran mencatat penurunan pada minggu lalu.
Pengukuhan ini telah mengangkat hasil perbendaharaan AS 10 tahun untuk meningkat, sekali gus membataskan dagangan emas.
US dolar turut menunjukkan reaksi meningkat pada awal penerbitan data, tetapi kembali merosot yang menyebabkannya kekal didagangkan rendah berbanding pesaing utama.
Pelabur kini memberi tumpuan kepada terbitan data perbelanjaan pengguna peribadi (PCE) teras pada sesi New York akan datang.