US dolar meraih sokongan untuk meningkat pada awal pembukaan sesi Eropah ketika pasaran kini memberi tumpuan kepada keluaran data PMI pembuatan Amerika Syarikat.
Raja mata wang itu dilihat memulihkan sebahagian kerugian yang dicatatkan pada Jumaat lalu berikutan data perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE) yang kurang memberangsangkan.
Pelabur kini mencari lebih petunjuk untuk hala tuju dasar Federal Reserve (Fed) setelah Pengerusi Jerome Powell terus mengulangi pendirian bank pusat untuk menaikkan kadar faedah.
Tumpuan utama minggu ini akan terarah kepada terbitan laporan minit mesyuarat FOMC dan data pekerjaan NFP AS.
Namun sebelum itu, pelabur akan diperlihatkan dengan data-data utama yang lain, seperti PMI pembuatan AS yang bakal dikeluarkan pada sesi New York nanti.
Sekiranya bacaan yang lebih lemah dicatatkan, ia boleh mempengaruhi pergerakan US dolar, dan jika sebaliknya berlaku, mata wang gergasi itu mungkin meraih sokongan untuk kekal pengukuhan.
Beralih ke pergerakan mata wang lebih luas, dolar Aussie dan New Zealand kekal berlegar pada sekitar harga yang sama walaupun telah diperlihatkan dengan data PMI pembuatan Caixin China yang lebih baik daripada jangkaan.
Mesyuarat Reserve Bank of Australia (RBA) pada pagi esok (Selasa) kini menjadi perhatian pelabur dolar Aussie yang dijangka melihatkan bank pusat itu kekal dengan kadar faedah tidak berubah pada 4.10%.
Sementara itu, mata wang euro dan pound kembali merosot, ditolak jatuh oleh dagangan greenback yang lebih kukuh dan data PMI pembuatan Eropah yang menyuramkan.
Dalam pada itu, mata wang yen terus ditekan jauh ke paras terendah sejak November 2022 berbanding US dolar.
Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.