Logam kuning emas akhirnya berjaya menembusi paras harga $2,000 ketika keputusan kadar faedah Federal Reserve (Fed) semakin menghampiri.
Menyinari sesi Asia adalah kilauan emas yang didagangkan pada sekitar harga $2,016 per auns, manakala niaga hadapan emas pula lebih tinggi pada $2,026 per auns.
Pengukuhan ini diraih di sebalik penyusutan US dolar dan hasil perbendaharaan AS 10 tahun yang jatuh ketara pada sesi New York.
Ia menyusuli data pembukaan pekerjaan Amerika Syarikat yang menunjukkan kejatuhan bulan ketiga berturut-turut pada Mac.
Bagaimanapun, data NFP yang akan dikeluarkan pada hari Jumaat bakal menentukan tahap kesihatan sebenar dalam pasaran buruh di AS.
Pelabur kini mengalihkan tumpuan kepada terbitan data pekerjaan ADP sektor swasta pada sesi New York dan mesyuarat polisi FOMC pada awal pagi Khamis nanti.
Selain itu, logam berharga emas turut mendapat dorongan sebagai safe-haven susulan amaran bahawa AS mungkin mengalami ‘default’ jika gagal menaikkan siling hutang sebelum 1 Jun.
Jom intai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.