Harga emas tergelincir lagi, ditekan oleh US dolar yang terus mendapat sokongan untuk meningkat dan hasil bon AS 10 tahun yang lebih tinggi.
Pada sesi Asia, logam kuning itu didagangkan suram pada sekitar harga $1,917 per auns, manakala niaga hadapan emas pula sedikit berubah pada $1,942 per auns.
Hasil perbendaharaan AS 10 tahun terus meningkat ke paras tertinggi dua minggu pada 4.30% berikutan jangkaan Federal Reserve (Fed) mengekalkan kadar faedah yang tinggi untuk lebih lama.
Ini susulan data PMI bukan pembuatan Amerika Syarikat yang menunjukkan ekonomi kekal kukuh, di mana penganalisis melihat ia hanya mempunyai risiko kecil untuk jatuh ke dalam kemelesetan.
Aset emas yang tidak memberikan hasil cenderung untuk jatuh jika hasil bon AS meningkat.
Seiring dengan hasil bon yang lebih tinggi, US dolar juga meraih sokongan untuk mencapai paras ketinggian baharu enam bulan berbanding sekumpulan mata wang utama.
**Emas adalah aset yang tidak produktif dan tidak memberi hasil. Ini bermakna terdapat kos peluang untuk memegangnya berbanding aset lain.
Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.