Harga emas mempamerkan pergerakan tidak menentu ketika pasaran semakin tidak sabar menunggu terbitan data inflasi Amerika Syarikat pada hari ini.
Walaupun di tengah-tengah dagangan US dolar yang menguat, logam kuning itu berhasil mendaki ke sekitar paras harga $2,037 pada awal sesi Asia sebelum berundur semula ke paras $2,031 per auns ketika penulisan.
Pengukuhan ini dikaitkan dengan ketidakpastian mengenai siling hutang (debt ceiling) AS yang masih belum menemui kata putus walaupun perbincangan antara Presiden Joe Biden dan penggubal dasar Republikan telah berjalan pada hari Selasa.
Kongres perlu menaikkan siling hutang sebelum tarikh akhir 1 Jun, dan sekiranya gagal AS berisiko untuk mengalami ‘default’ dan menjejaskan ekonomi secara keseluruhan.
Kebimbangan terhadap risiko tersebut mendorong pelabur meningkatkan permintaan terhadap safe-haven emas.
Dalam pada itu, pelabur kini menumpukan perhatian kepada keluaran data inflasi AS yang dijangka menunjukkan bacaan tahunan tidak berubah pada 5% dan bulanan sedikit meningkat kepada 0.4% pada bulan April.
Jom intai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.