Harga emas mengumpul kekuatan untuk meningkat pada hari Selasa di tengah-tengah dagangan US dolar yang suram pada awal minggu.
Sesi Asia melihatkan logam kuning itu didagangkan 0.4% lebih tinggi pada sekitar harga $1,930 per auns, manakala niaga hadapan emas pula positif pada $1,938 per auns.
Logam berharga itu memulakan dagangan minggu ini dengan sokongan daripada ketidaktentuan geopolitik di Rusia.
Bagaimanapun, pengukuhan tersebut dibantutkan oleh jangkaan hawkish Federal Reserve (Fed) yang akan meneruskan kenaikan kadar faedah sekurang-kurangnya dua kali lagi pada tahun ini.
Forum tahunan Bank Pusat Eropah kini menjadi tumpuan pelabur, yang akan menyaksikan Presiden Christine Lagarde, Pengerusi Fed Jerome Powell, gabenor Bank of England Andrew Bailey dan Bank of Japan Kazuo Ueda berucap dalam perbincangan panel pada acara tersebut malam esok.
Sebarang kenyataan mengenai pendekatan dasar monetari masing-masing boleh memberi impak kepada dagangan emas, terutamanya dari Powell.
Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.