Harga emas merosot pada hari Rabu ketika pelabur masih menghadam bacaan data inflasi Amerika Syarikat yang baru dikeluarkan.
Ketika penulisan, emas diniagakan jatuh pada $1,850 per auns pada sesi Asia setelah mengalami turun naik yang tidak menentu pada sesi terdahulu.
Indeks harga pengguna (CPI) AS menunjukkan peningkatan 6.4% tahun ke tahun pada Januari daripada 6.5% bulan sebelumnya, tetapi meleset berbanding jangkaan untuk kenaikan 6.2%.
Logam kuning itu mempamerkan reaksi yang tidak menentu sebaik sahaja data dikeluarkan kerana terkejut dengan angka yang direkodkan lebih kecil daripada dijangkakan.
Namun, setelah meneliti lebih lanjut ia tetap menunjukkan penurunan walaupun pada kadar yang lebih perlahan.
Pun begitu, ia mungkin akan memberi peluang buat Federal Reserve (Fed) meneruskan kenaikan kadar sebanyak 25 mata asas atau mengekalkannya tinggi untuk beberapa waktu.
Pelabur kini masih lagi menilai data yang dikeluarkan tersebut, selain turut memberi tumpuan kepada kenyataan penggubal dasar Federal Reserve (Fed).
Presiden Fed Dallas, Lorie Logan mengatakan bank pusat perlu sentiasa bersedia meneruskan kenaikan kadar untuk tempoh lebih lama daripada yang dijangkakan sebelum ini.