Harga emas terus mengalami peningkatan sehingga semalam dengan mencapai keuntungan minggu pertama dalam tempoh dagangan tiga minggu.
Jangkaan langkah penamatan kenaikan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) mendorong keyakinan para pelabur untuk meraih keuntungan harga emas.
Harga spot gold naik sebanyak 0.2% kepada $1,984.26 per auns selepas mencecah paras tertinggi sejak 6 November lalu. Manakala, gold futures kekal pada harga $1,987 per auns dan jongkong emas meningkat 2.5%.
Mata wang dolar dijangka bakal melemah pada minggu-minggu yang mendatang dan menjadikan emas lebih murah bagi mata wang lain. Namun, nota hasil perbendaharaan 10 tahun AS menunjukkan hampiri paras terendah dua bulan.
Pertambahan data tuntutan pengangguran rakyat Amerika Syarikat minggu lalu berpotensi membantu usaha Fed untuk menangani inflasi. Pada Selasa, data menunjukkan indeks harga pengguna AS tahunan rendah pada 3.2%, bacaan bulanan tidak berubah pada Oktober berbanding jangkaan untuk kenaikan 0.1%. Teras CPI pada paras 0.2% di bawah ramalan 0.3%.
Ramai trader menjangkakan Fed akan membiarkan kadar faedah kekal pada mesyuarat yang berlangsung pada 12-13 Disember menurut CME FedWatch. Kadar faedah yang rendah akan mengurangkan kos pemegang emas.