“Mesti pelabur tak senang duduk tunggu naik taraf baru ETH ni kan.”
Sejak bermulanya tahun 2023, pergerakan harga mata wang kripto kedua terbesar Ethereum (ETH) secara berterusan meningkat susulan pembangun mendedah bakal lancarkan penaiktarafan Shanghai pada bulan Mac.
Diperjelaskan lebih lanjut mengenai perkara itu, ETH yang dipertaruhkan (staking) akan dibuka untuk pengeluaran dan perkembangan ini menjadi punca validators aset digital tersebut semakin aktif.
Sebagai rekod, harga Lido DAO (LIDO) menjana keuntungan besar sejak kebelakangan ini apabila telah lonjak dua kali ganda mencapai paras $2.10 berbanding sebelum ini pada $1.
Sementara protokol staking liquid ETH yang mempunyai kaitan dengan LIDO turut memperoleh pelbagai manfaat melalui naik taraf Shanghai itu.
Dilaporkan bahawa staking ETH telah berjaya mencapai 500,000 validators dan jumlah staking pula melepasi 16 juta angka walaupun naik taraf tersebut masih belum dilangsungkan.
Suka dimaklumkan harga ETH setakat ini raih sebanyak 0.70% pada paras $1,558 dalam tempoh 24 jam terakhir tetapi aset digital tersebut berpotensi untuk lonjak lebih tinggi pada masa akan datang jika ekosistemnya diperkembangkan lagi.
Secara keseluruhannya, ETH yang telah berjaya menembusi harga $1,573 mungkin akan capai paras rintangan seterusnya pada $1.650 sejurus selepas penaiktarafan Shanghai tersebut.