Seperti yang dijangkakan penganalisis, pergerakan pasaran pada Rabu semalam kekal mendatar ketika pelabur berwaspada selepas gagal mendapatkan petunjuk yang jelas dasar monetari bank pusat daripada Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell.
Tumpuan kini terarah pada data indeks harga pengguna Amerika Syarikat (AS) yang akan diterbitkan di sesi New York malam ini dengan jangkaan kadar inflasi AS semakin menurun.
Situasi ini juga menjangkakan Fed bakal memperlahankan pengetatan dasarnya dan boleh mendorong US dolar mengalami penyusutan nilai.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/pasaran-menjelang-inflasi-as
Jika diteliti pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD semalam, harga bergerak mendatar namun ada sedikit kenaikan yang dipaparkan.
Harga telah mencapai paras ketinggian terbaru 7 bulan ke sekitar 1.07700 namun berundur semula ketika menutup dagangan di penghujung sesi New York.
Masih memberi isyarat bullish apabila harga masih berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan di rangka masa 1 jam carta EUR/USD tersebut.
Pergerakan perlahan bersambung pada pembukaan sesi Asia pagi ini (Khamis) dengan jangkaan kenaikan harga masih akan diteruskan lagi.
Sasaran pada rintangan 1.08000 dilihat akan menjadi tumpuan bakal diuji oleh harga dan turut akan mencatatkan paras ketinggian terbaru lagi.
Melepasi berikut, lonjakan yang diteruskan dilihat akan menuju pula ke zon tumpuan 1.09000 atau mencapai 1.10000.
Situasi boleh berubah sekiranya harga mula menunjukkan penurunan di bawah paras MA50 dan kemudiannya paras 1.07000 dilihat bakal diuji.
Jika paras tersebut gagal menyokong harga untuk melantun semula, penurunan bakal diteruskan menuju ke paras tumpuan sebelum ini seperti sekitar 1.06000 dan support 1.05000.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG