“Pelabur tak minta banyak pun, naik $1 pun dah cukup legakan hati pelabur XRP.”
Mata wang kripto Ripple (XRP) tetap kekalkan pergerakan harganya walaupun kes tuntutan mahkamah mereka bersama Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Amerika Syarikat (AS) masih tidak diselesaikan sehingga kini.
Jika diperhatikan, harga XRP melonjak sebanyak 10% dalam tempoh 7 hari lalu susulan terdapat pelbagai transaksi melalui wallet para pelabur sepanjang minggu lalu.
Buktinya, address aktif harian XRP pada 8 Januari 2023 adalah sebanyak 41,000 dan diteruskan lagi dengan pencapaian sekitar 148,500 pada 12 Januari 2023, di mana keseluruhannya dapat dilihat di sini address aktif harian aset digital itu canak melebihi 107,000 dalam masa yang singkat.
Ditambah pula dengan whales yang bertindak memindahkan sekitar 193 juta XRP bernilai $70 juta dalam tempoh 24 jam lalu melalui transaksi berbeza.
Sementara transaksi terbesar direkodkan adalah daripada whales lain yang didapati membeli lebih 45.2 juta XRP bernilai $30.7 juta daripada syarikat exchanger kripto Bitso dalam tempoh 24 jam terakhir.
Manakala 88 juta XRP bernilai $30 juta pula telah dialihkan melalui exchanger berbeza dan sejumlah aset digital berharga $29.1 juta dipindahkan ke platform Bitstamp.
Setakat penulisan ini, harga XRP raih sebanyak 3% pada paras $0.37 dengan jumlah dagangannya maju 17% pada $1.3 bilion.