Emas tergelincir ke paras terendah dua minggu selepas Federal Reserve (Fed) memberi isyarat hawkish untuk penetapan dasar akan datang.
Sesi Asia menyaksikan logam kuning itu merosot ke paras terendah $1,933 per auns susulan kebangkitan semula dagangan US dolar dan hasil bon AS 10 tahun yang lebih kuat pada 3.81%.
Pada mesyuarat dasar terbaru, Fed menepati jangkaan pasaran secara meluas dengan mengekalkan kadar faedah tidak berubah pada julat 5%-5.25%.
Pun begitu, Pengerusi Jerome Powell juga mengatakan bahawa penggubal dasar melihat kemungkinan untuk dua lagi kenaikan kadar faedah pada tahun ini.
Ia sekali gus menunjukkan bahawa walaupun bank pusat itu mengekalkan kadarnya tidak berubah, tetapi ia masih mahu meneruskan pengetatan bagi memastikan inflasi benar-benar turun ke sasaran 2%.
Powell mengatakan bahawa indikator utama inflasi Fed, iaitu perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE) perlu turun dengan ketara.
Susulan itu, pelabur kini melihat kemungkinan untuk kenaikan kadar faedah pada Julai, dan satu lagi sebelum akhir tahun ini.
Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.