260 pips lonjakan harian telah dipamerkan pada carta pasangan mata wang GBP/USD pada Jumaat lalu susulan reaksi terhadap terbitan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS).
Walaupun dilihat secara kasar nampak positif untuk laporan NFP bagi bulan Disember dengan kadar pengangguran yang menurun, namun pertambahan pekerjaan gagal mengatasi bulan sebelumnya meskipun sedikit tinggi berbanding ramalan.
Purata pendapatan gaji pula dicatatkan lebih rendah berbanding jangkaan membuatkan pengukuhan US dolar sebelum itu mula terbantut.
Tambahan, data tinjauan ISM sektor perkhidmatan AS yang menyusul selepas NFP itu menambah lagi duka apabila angka dicatatkan di bawah paras 50 mata.
Semakin menguatkan jangkaan untuk Federal Reserve (Fed) untuk terus melonggarkan dasar mendorong penyusutan ketara terhadap nilai US dolar.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/sis-fx-usd-junam-walaupun-nfp-kuat
Pada mulanya harga membuat penurunan awal ke sekitar 1.18400 sebelum lonjakan dipamerkan telah mencapai ke paras rintangan tumpuan iaitu pada 1.21000 pada penghujung sesi terakhir minggu itu.
Kenaikan harga juga melepasi zon 1.20000 dan menembusi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD memberi isyarat pergerakan trend bullish.
Menyambung dagangan pada pembukaan awal minggu ini, harga bergerak di atas sedikit dari zon 1.21000 yang dilihat menyambung momentum pergerakan minggu lalu.
Kenaikan harga dijangka akan diteruskan menuju zon rintangan berikutnya pada 1.22000 untuk catat ketinggian terbaru 4 minggu.
Waspada jika penurunan berlaku semula di bawah zon 1.21000 yang akan mendorong jangkaan harga menuju ke zon tumpuan 1.2000.
Susut lebih rendah akan menuju semula ke paras terendah dicecah minggu lalu dan berkemungkinan akan meneruskan lagi penurunan ke sekitar 1.18000.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG