Corak bullish berjaya dikekalkan pada carta pasangan mata wang GBP/USD ketika meneruskan dagangan sehingga ke penghujung minggu lalu.
Berbeza berbanding Euro yang agak suram, mata wang Pound berjaya mengekalkan rentak kenaikan nilainya yang memanfaatkan situasi pergerakan suram US dolar.
Walaupun berlaku penurunan seketika harga pada Rabu, harga mula membuat kenaikan semula dan diteruskan sehingga Jumaat.
Paras ketinggian terbaru berjaya dicatatkan mencapai zon sasaran iaitu 1.26000 dan reaksi menarik harga diperhatikan sekitar itu.
Lonjakan harga diteruskan pada sesi terakhir minggu lalu sehingga ke paras 1.26000, kemudiannya harga mula perlahan dan mendatar di paras tersebut sehingga sesi berakhir.
Harga masih kekal mendatar perlahan di paras 1.26000 menyambung dagangan di awal sesi Asia pagi ini (Isnin) namun dinilai kekal bergerak dalam trend bullish.
Ini disebabkan harga masih berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD tersebut dengan jangkaan kenaikan akan diteruskan lagi minggu ini.
Pelabur menantikan lonjakan diteruskan dari paras 1.26000 untuk terus mencatatkan paras ketinggian terbaru lagi.
Paras tertinggi terbaru 13 minggu dijangkakan untuk mencapai sasaran harga pada zon tumpuan 1.27000.
Namun jika situasi berbeza, pelabur perlu bersedia dengan kejatuhan harga semula dan menilai tanda-tanda perubahan trend.
Susut di bawah sokongan MA50 akan menjadi isyarat awal sebelum penurunan harga menguji pula paras 1.25000.
Pergerakan bearish lebih jelas akan diperlihatkan selepas melepasi paras 1.25000 dengan jangkaan untuk menuju pula sekitar 1.24000.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG