Corak kenaikan harga dipaparkan pada carta pasangan mata wang GBP/USD semalam capai ketinggian terbaru dengan kenaikan harian hampir 100 pips telah dicatatkan.
Pound berjaya mengukuhkan kedudukan berbanding US dolar yang kembali didagangkan lemah semula dalam pasaran menuju penghujung minggu ini.
Bacaan akhir bagi pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) untuk suku keempat 2022 catatkan sedikit penurunan berbanding jangkaan untuk kekal, memberi kesan negatif terhadap pergerakan raja mata wang itu.
Pada sesi New York malam ini pula, data perbelanjaan peribadi pengguna AS bakal diperhatikan dan akan mempengaruhi US dolar untuk mengakhiri dagangan minggu ini.
Risiko semakin meningkat pada sesi-sesi akhir hari ini bagi penutup dagangan suku pertama 2023 di penghujung Mac dan sebarang kejutan pergerakan harga boleh berlaku.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/usd-junam-waspada-pelabur
Carta GBP/USD telah menyaksikan harga telah berjaya melonjak dari paras 1.23000 hingga mencapai paras ketinggian sasaran 1.24000 menyambung dagangan pada sesi Asia pagi Jumaat ini.
Trend kekal bullish dengan pergerakan harga kekal berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD dan berkemungkinan kenaikan akan diteruskan lagi.
Untuk sasaran seterusnya, harga bakal menuju paras 1.25000 dan mencatatkan paras tertinggi terbaru sejak dagangan Jun 2022 selepas mengatasi ketinggian dicapai pada Januari lalu.
Namun waspada sekiranya harga kembali berubah arah di saat akhir menyaksikan harga menjunam semula ke paras sokongan semalam pada 1.23000.
Penurunan yang masih dilanjutkan dilihat akan menguji zon RBS (resistance become support) 1.22000 yang menjadi zon penting buat harga sebelum ini.
Melepasi zon tersebut akan memberi isyarat jelas bagi pergerakan trend bearish harga sementara faktor-faktor yang berlegar dalam pasaran akan diperhatikan pelabur.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG