Adakah benar Bank of England (BOE) bakal menaikkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas pada mesyuarat dasar monetari minggu ini?
Dengan ketidaktentuan pasaran serta kewaspadaan pelabur, mata wang Pound masih didagangkan suram pada pembukaan minggu ini.
Walaupun dijangka untuk meneruskan kenaikan kadar faedah, namun keyakinan pelabur terhadap mata wang Britain itu masih lemah dengan kebimbangan isu pemotongan cukai dan mogok pekerja.
Pergerakan Pound mengikuti rentak mata wang US dolar ketika tumpuan lebih utama terarah pada mesyuarat FOMC dengan jangkaan kenaikan kadar faedah yang lebih perlahan oleh Federal Reserve (Fed) iaitu sebanyak 25 mata asas.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/sis-fx-apa-jadi-usd-311#t=0:00
Carta harga pasangan mata wang GBP/USD menyaksikan pergerakan harga yang terbantut di zon rintangan 1.24000 di sesi-sesi awal pada Isnin semalam.
Di sesi New York, harga mula menunjukkan corak penurunan semula ketika US dolar sedikit mengukuh berbanding dagangan sesi sebelumnya.
Susut semula di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD tersebut memberikan isyarat bearish buat pergerakan harga selanjutnya.
Jika corak penurunan diteruskan, harga dilihat akan menuju ke sekitar 1.23000 untuk menguji zon RBS (resistance become support) tersebut.
Penurunan lanjut berkemungkinan boleh mencecah semula ke zon tumpuan sekitar 1.22000 sebelum ini.
Namun jika lonjakan yang berlaku, cubaan untuk memecahkan tembok rintangan 1.24000 akan disaksikan semula oleh pelabur.
Berjaya tembus lebih tinggi bakal mendorong harga menuju ke sasaran 1.245000 sekaligus mencatatkan paras ketinggian terbaru 7 bulan.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG