Pelabur mula berhati-hati dengan isyarat awal bagi perubahan trend harga yang telah dipaparkan pada carta pasangan mata wang GBP/USD di awal minggu ini.
Jangkaan untuk US dolar meneruskan pengukuhan susulan reaksi pada acara simposium Jackson Hole minggu lalu, adalah meleset.
Kegagalan US dolar untuk mengukuh telah memberi ruang untuk Pound sedikit bernafas semula, namun pasaran tetap berwaspada menantikan data-data ekonomi penting yang akan diterbitkan minggu ini terutamanya laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS).
https://soundcloud.com/intradaydotmy/sis-fx-usd-lemah-di-awal#t=0:00
Meneliti carta GBP/USD, harga telah menyambung terjunan pada Jumaat lalu, sebaliknya hanya mendatar di bawah zon 1.26000 sepanjang Isnin semalam.
Pergerakan harga sekadar mendatar dalam julat antara 30-40 pips di sekitar zon tersebut menunjukkan pergerakan perlahan bagi carta itu.
Namun, pelabur mula menilai isyarat perubahan trend bullish apabila pergerakan harga menuju ke penghujung sesi New York melihatkan harga naik melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.
Menyambung dagangan di sesi Asia pagi ini (Selasa), harga telah meneruskan kenaikan, walaupun perlahan, di atas paras 1.26000 yang melawan arah trend minggu lalu.
Jika US dolar ketara melemah, harga boleh memanjat naik lebih tinggi untuk mencapau semula paras tumpuan pada 1.27000.
Kenaikan lebih tinggi boleh mendorong harga menguji semula zon rintangan pada 1.28000 yang masih kebal untuk ditembusi selepas diuji beberapa minggu sebelum ini.
Sementara, untuk jangkaan bagi penurunan harga semula, pergerakan harga yang kembali susut di bawah 1.26000 menandakan corak kenaikan yang gagal.
Harga bakal turun lebih rendah selepas berada di bawah paras MA50 semula dan berkemungkinan boleh susut hingga ke zon 1.25000 setelah turut melepasi paras terendah dicecah pada Jumaat lalu.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG