- Data inflasi AS jadi tumpuan
- CPI dijangka meningkat 6.5% daripada 7.1%
Harga emas kembali meningkat setelah tergelincir dari puncak tertinggi ketika pelabur bersiap sedia menjelang keluaran data inflasi Amerika Syarikat.
Pada sesi Asia, spot emas menokok pada sekitar harga $1,884 per auns, manakala niaga hadapan emas pula didagangkan pada $1,887 per auns.
Logam kuning itu mencapai puncak ketinggian baharu 8 bulan pada $1,886 sebelum susut pada $1,867 ketika sesi dagangan Rabu.
Bagaimanapun, harga kembali melantun pada Khamis dengan tumpuan pelabur terarah kepada data inflasi AS yang boleh mempengaruhi keputusan dasar Federal Reserve (Fed).
Indeks harga pengguna (CPI) AS diunjurkan meningkat 6.5% pada Disember, menurun daripada 7.1% tahun ke tahun yang dicatatkan pada bulan November lalu.
Walaupun emas biasanya dianggap lindung nilai inflasi, namun sebarang perubahan dalam dasar monetari bank pusat boleh mempengaruhi dagangan logam berharga itu.
Pasaran kini mengharapkan bahawa penurunan inflasi akhirnya akan mendorong Fed untuk menghentikan kitaran kenaikan kadar semasanya.