Walaupun di tengah sentimen pasaran yang menyuramkan, harga minyak terus mengekalkan pengukuhannya ke paras tertinggi paras tertinggi baharu.
Melangkah masuk ke sesi Eropah, niaga hadapan minyak Brent naik 0.5% kepada $87.84 setong, mencecah paras tertinggi sejak 23 Januari.
Sementara dagangan WTI Amerika Syarikat pula menokok 0.6% pada $84.72 setong, paras paling kukuh sejak November 2022.
Pengukuhan itu terpapar menyusuli kemerosotan US dolar menjelang penerbitan data inflasi Amerika Syarikat.
Namun, sedia maklum bahawa harga minyak telah mencatat kenaikan yang ketara sejak bulan lalu, yang dipacu oleh pemotongan pengeluaran sukarela Arab Saudi dan Rusia.
Malah, kedua-dua pengeksport utama minyak dunia itu juga merancang untuk melanjutkan pemotongan pengeluaran sukarela sebanyak 1 juta tong sehari selama satu bulan lagi.
Pasaran kini menunggu penerbitan data inflasi AS, yang dijadualkan keluar pada sesi New York, yang akan memberi petunjuk kepada dasar monetari Federal Reserve (Fed) pada masa hadapan.
Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.