“Kalau yang lain tak boleh pakai, mungkin langkah ni menjadi untuk naikkan lagi harga ADA.”
Pembukaan hospital oleh pengasas Cardano (ADA), Charles Hoskinson yang dinamakan “Hoskinson Health & Wellness Clinic” pada Februari 2023 bakal membenarkan para pelanggannya membayar perubatan menggunakan ADA.
Kenyataan tersebut dikeluarkan semasa Hoskinson menjawab pertanyaan seorang pengikut Twitter beliau yang bertanya jika mereka boleh bayar bil klinik menggunakan mata wang kripto tersebut.
Namun, Hoskinson masih tidak memikirkan lagi sama ada beliau akan menerima aset digital seperti Bitcoin (BTC) ataupun Ethereum (ETH) sebagai sebahagian daripada pembayarannya.
Sebagai konteks, Hoskinson Health & Wellness Clinic berpangkalan di Wyoming, Amerika Syarikat (AS) menawarkan pelbagai perkhidmatan perubatan seperti penjagaan primer, kesihatan mental, kesihatan wanita, pemeriksaan proaktif, kanser, perubatan diet atau pemakanan dan penjagaan kardiovaskular.
Tambahan itu, hospital tersebut turut memberi fokus terhadap lanjutan hayat pesakit yang semakin meningkat usia, makanan tambahan biologi, diet, senaman serta rawatan perubatan.
Hoskinson Health & Wellness Clinic yang dilaporkan beroperasi pada bulan depan sedang berusaha meningkatkan pekerjanya, di mana setakat ini hanya mempunyai sekitar sepuluh pekerja.
Sementara itu, Hoskinson telah melancarkan restoran Nessie dan lounge wiski di Wyoming pada bulan Jun untuk menggalakkan penggunaan ADA dalam kalangan pelabur, tetapi rancangannya meleset semata-mata.