- Inflasi bulanan meningkat 7.3% daripada 6.9%
- Jualan runcit melonjak 2 kali ganda
- Pelabur jangka kenaikan kadar 25 mata asas
Jangkaan untuk kenaikan kadar faedah oleh Reserve Bank of Australia (RBA) kembali meningkat susulan terbitan data inflasi dan jualan runcit lebih kukuh daripada jangkaan.
Penunjuk indeks harga pengguna (CPI) meningkat 7.3% pada November berbanding tahun sebelumnya, melantun daripada 6.9% pada Oktober dan melebihi jangkaan peningkatan 7.2% oleh pasaran.
Sementara itu, jualan runcit pula dilaporkan melonjak sebanyak 1.4% pada bulan November, lebih dua kali ganda daripada ramalan untuk meningkat 0.4%.
Angka-angka tersebut mendorong dolar Aussie untuk kekal menguat pada paras tertinggi hampir 5 bulan berbanding greenback yang lemah.
Pasaran kini menguatkan jangkaan kenaikan kadar sebanyak 25 mata asas susulan terbitan kedua-dua data itu dengan, kadar utama diramalkan meningkat sekitar 3.9% akhir tahun ini.
Australia biasanya menyediakan data inflasi secara suku tahunan, namun dalam langkah terbaru, Biro Perangkaan Australia (ABS) memperkenalkan bacaan CPI bulanan pada separuh akhir tahun 2022.
Untuk makluman kepada pembaca, bacaan inflasi untuk suku keempat 2022 akan diterbitkan pada 25 Januari.