Tampaknya penurunan dalam kadar inflasi Malaysia gagal diteruskan selepas ia dilaporkan tidak berubah pada 3.7% tahun ke tahun pada bulan Februari.
Ini sekali gus menunjukkan bahawa bacaan inflasi kekal pada paras terendah sejak Jun 2022, setelah turun dari puncak 4.7% yang dicatatkan pada bulan Ogos.
Sementara itu, inflasi teras (tidak termasuk harga makanan segar yang tidak menentu dan subsidi kerajaan) juga kekal pada 3.9%.
Pada asas bulanan pula, inflasi meningkat 0.2% pada bulan lepas.
Berikut merupakan perincian lanjut mengenai inflasi pada bulan Jun:
- Makanan dan minuman bukan beralkohol canak 7.0% daripada 6.7%
- Sektor pengangkutan turun 3.7% daripada 4.0%
- Sektor restoran dan hotel lonjak 7.4% daripada 6.8%
- Sektor penjagaan perumahan, perabot dan perkakasan perumahan susut 3.4% daripada 3.5%
- Sektor barangan dan perkhidmatan lain meningkat 2.5% daripada 2.3%
- Sektor rekreasi dan budaya jatuh 1.7% daripada 2.7%
- Sektor perumahan, air, elektrik, gas dan bahan bakar naik 1.7% daripada 1.5%
- Sektor pendidikan naik 1.6% berbanding 1.3%
- Sektor kesihatan tambah 1.8% daripada 1.6%
Daripada butiran tersebut dapat dilihat bahawa inflasi makanan terus meninggi pada bulan lepas yang menyaksikan kenaikan bagi kesemua subkumpulan makanan di rumah seperti daging (9%), beras, roti dan bijirin (6.7%) serta sayur-sayuran (5.8%)..
Selain itu, inflasi di kawasan bandar naik kepada 3.8% berbanding 3.7% sebelumnya dan kawasan luar bandar turut meningkat pada 2.9% daripada 2.7% sebelumnya.
Malaysia kekal mencatat bacaan inflasi terendah berbanding beberapa negara lain, Eropah (8.5%), Amerika Syarikat (6%), Filipina (8.6%), Indonesia (5.5%), Thailand (3.8%) dan Korea Selatan (4.8%).
Nak tahu lebih mendalam mengenai pasaran mata wang? Jom join komuniti kami! ~ KLIK sini