“Boleh la pelabur tengok-tengok dulu kripto ni.”
Pasaran mata wang kripto yang menghadapi kejatuhan disebabkan kebimbangan kecairan di bank Silvergate telah menjadi punca pelabur sukar untuk tentukan aset digital perlu difokuskannya.
Oleh demikian, Finbold yang merangkumi berita mengenai saham, kripto, perbankan dan banyak lagi telah menyenaraikan beberapa aset digital perlu diperhatikan pada minggu ini. Antaranya adalah:
Synthetix (SNX)
SNX, protokol kewangan decentralized (DeFi) yang melaksanakan aktiviti pembangunan rangkaian secara berterusan telah menjadi punca kebanyakan pelabur semakin berminat dengan aset digital tersebut. Pada masa ini, harga SNX didagangkan pada paras $3.15 dengan keuntungan harian sekitar 6%.
SNX yang membenarkan aset sintetik pada blockchain Ethereum (ETH) telah menggunakan versi 3 (V3) pada mainnet Ethereum (ETH) selepas audit keselamatan, di mana V3 menampilkan seni bina lebih cekap bagi membolehkan aplikasi DeFi lebih pantas.
Optimism (OP)
OP melihat peningkatan selepas syarikat exchanger kripto Coinbase mengumumkan pelancaran rangkaian layer-2 untuk ETH menggunakan teknologi berasaskan aset digital itu.
Susulan ketidakpastian pasaran kripto, pelabur yang ingin menjana keuntungan haruslah memantau prestasi OP secara kerap, di mana aset digital tersebut kini mencatatkan keuntungan harian melebihi 1% pada $2.46.
GateToken (GT)
GT yang diasas oleh syarikat exchanger kripto Gate.io melihat lonjakan harga mungkin disebabkan perkembangan platform dilaksanakannya, di mana mereka mendapatkan lesen Hong kong Trust atau Company Service Provider (TCSP).
Maker (MKR)
MKR, token tadbir urus Maker Foundation boleh dikaitkan dengan penggunaan yuran pinjaman lebih rendah oleh Maker DAO. Jumlah dagangan MKR melonjak sebanyak 200% berikutan perkembangan tersebut.