Emas didagangkan mendatar pada sesi Asia, dengan harga terus bergelut untuk meneruskan pemulihan sebelumnya di tengah-tengah kewaspadaan pelabur di awal minggu.
Ketika penulisan, spot emas diniagakan berlegar pada sekitar harga $1,915 per auns, manakala niaga hadapan emas pula sedikit susut pada $1,922 per auns.
Logam kuning itu susut rendah di bawah paras harga $1,900 pada minggu lalu susulan data pertumbuhan ekonomi suku pertama Amerika Syarikat yang lebih kukuh daripada dijangkakan.
Namun, emas kembali mendapat sokongan untuk memadamkan kerugian susulan data perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE) yang menurun dan penyusutan US dolar.
Tumpuan pelabur kini beralih kepada terbitan laporan minit mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis dan data pekerjaan NFP AS pada hari Jumaat yang bakal menjadi petunjuk seterusnya kepada dasar Federal Reserve.
Pelabur kini melihat peluang 84% untuk kenaikan 25 mata asas pada bulan Julai dan jangkaan untuk 25 mata lagi pada bulan November, membawa kadar ke dalam julat 5.5%-5.75%.
Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.