“Bertabahlah, kripto memang beri banyak manfaat kepada negara Malaysia tapi ada juga cabarannya.”
Di Malaysia, pasaran mata wang kripto yang mendapat daya tarikan sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah menyebabkan peranannya dalam ekonomi negara semakin ketara. Isu yang akan diterangkan nanti adalah peranan kripto dalam ekonomi Malaysia termasuk kesannya terhadap pelbagai sektor.
Pelaburan alternatif
Kripto seperti Bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH) telah mendapat populariti di kalangan rakyat Malaysia sebagai satu kaedah untuk mempelbagaikan portfolio pelaburan masing-masing dan memperoleh pulangan yang tinggi.
Perkara tersebut menyumbang kepada pertumbuhan industri kripto di Malaysia susulan kebanyakan individu termasuk perniagaan didapati mengaplikasikan aset digital sebagai bentuk pelaburan.
Alat pembayaran
Sungguhpun kaedah pembayaran dalam kripto masih agak rendah di Malaysia, sebahagian besar perniagaan telah mula menerima aset digital sebagai pembayaran.
Perkembangan berikut berupaya bantu memudahkan transaksi lebih pantas, selamat, kurangkan yuran transaksi serta kos pertukaran mata wang.
Memacu inovasi ekonomi Malaysia
Teknologi blockchain yang menyokong kebanyakan kripto berpotensi menyelaraskan proses dan tingkatkan kecekapan dalam pelbagai sektor seperti pengurusan rantaian bekalan, penjagaan kesihatan serta kewangan.
Ini boleh menyebabkan penjimatan kos, peningkatan produktiviti dan tidak dilupakan juga menyumbang pada pertumbuhan ekonomi.
Walaupun kripto dapat memberi pelbagai kebaikan dalam ekonomi Malaysia terdapat juga beberapa cabarannya, antaranya adalah kekurangan peraturan yang boleh memberi risiko kepada pelabur dan pengguna.
Kerajaan Malaysia telah mengambil langkah untuk mengawal selia pasaran kripto, tetapi masih banyak lagi perlu dilakukan bagi memastikan industri beroperasi dengan selamat dan telus.